unnamed post


Salam,

Sejak kebelakangan ini, hati saya selalu memikirkan mati. Mungkin ini kesan dari bahan bacaan berkenaan mati. Atau memang benar mati sedang menghampiriku?

Masa : sekitar 1995-2000

Lokasi : sekitar kawasan rumah

Di usia zaman kanak - kanak antara wacana yang boleh membuatkan kenakalan saya terhenti adalah ayat dari ibu saya. ayat ini sering diucapkan pabila saya tidak mendengar arahannya atau susah nk buat benda2 yang kearah kebaikan. sampai kini pom ma selalu selalu sebut. (nakal lagi la nie )

“ hanif, nak suruh ma meninggal dulu ke baru nk insaf, baru nk wat baik??”

ayat ini selalu menyebabkan saya sedih kerana saya tak mampu memikirkan bagaimana hidup tanpa seorang ibu. Memang benar manusia perlu bersedia untuk segala kemungkinan. Namun dalam hal ini, saya sengaja tidak membenarkan otak memikirkan situasi sebegitu. Ayat ini sering saya saya ulangi terhadap adik-adik saya takkala perbuatan mereka melampaui batas.

Masa : sekitar 1995-1998

Lokasi : tempat tidur

Rutin harian kakak saya di kala subuh, sengaja memasang radio dengan kekuatan bunyi yang tinggi dan meletakkannya berdekatan tempat saya tidur. Tujuannya adalah satu membiarkan saya mendengar lagu selimut putih yang berbunyi “ bila izrail datang memanggil ………” dan nasyid bertajuk mati yang berbunyi sebegini “ sampailah waktu ajalkan mendatang, malaikat maut segera menjelang….” Lagu ini sering ke udara selepas azan subuh disusuli bacaan ayat suci al-quran. Memang idea ini cukup berkesan, sehingga hari ini jika rasa susah nak bangun subuh. Nasyid2 ini lah yang jadi alarm tone sampai rumet pom bising. Sori jat erkk.. latest alarm tone : sepohon...(mksdnya susah bgn subuh ni..haih)


my lovely family : how much time left for me to see these pleasant faces ? humm.... ( abah n me not in da pic )

Memikirkan mati bukan bermaksud saya meminta2 kematian. Tapi memikirkan mati menyebabkan sikap-sikap negatif yang ada dalam jiwa ini mula kendur.

Bagi saya memikirkan mati adalah motivasi terbaik. Teringat lagi qiamullail semasa kursus kepimpinan pelajar semasa belajar di sekolah maahad dulu.

Di dalam kegelapan dewan, penceramah sengaja membiarkan peserta membayangkan situasi dimana peserta pulang dari sekolah. Sampainya di pintu pagar rumah di lihat orang ramai sedang naik turun dari tangga rumah. Masing – masing dengan wajah yang sugul dan simpati. Suara manusia sayup- sayup membacakan surah yaasin mula kedengaran di selangi suara tangisan. Saat itu ucapan takziah tak putus putus di terima dari tetamu yang hadir. Bila mana kaki mula berpijak di lantai rumah sekujur badan dibaluti kain putih terpapar di pandangan. Dan sekujur badan itu adalah ibu yang kita sangat sayangi.

Semasa penceramah perlahan2 meneruskan ceramah, suara tangisan teresak-esak kedengaran di dalam dewan. Semakin lama semakin kuat tangisan ini. Itulah kuasa mati, ramai yang tak mampu menahan ego bila diceritakan tentang mati, melainkan manusia yang keras hatinya.

Mengingati mati ubat kepada terlalu “hubbub dunnya”

Andai setiap manusia sentiasa mengingati mati nescaya manusia takkan tergila-gila mengejar kemewahan dunia, tak tergila-gila mengejar pangkat dan kekuasaan, tak tergila-gila mengejar perempuan/lelaki rupawan. Sebagai insan biasa, saya tak terlepas dari sikap yang sayangkan dunia. Mahu duit yang banyak, pangkat yang tinggi, isteri yang cantik dan sebagainya. Hanya doa semoga ditetapkan iman dan takwa mampu dilafazkan untuk tidak terus alpa dengan nikmat dunia yang sementara.


dunia oh dunia : During one of my site visit with the kindhearted engineer mr.fuzi

Tarikh mati, tarikh yang tak mampu diramalkan oleh sesiapa kerana ia adalah ilmu allah. Dan segala macam penyakit juga ada penawarnya, namun tidak bagi mati.


dewasa kini

" setiap kali mengenangkan atuk dan nenek dan sudah tiada lagi, air mata mula bergenang di pipi , semakin dilayan semakin sebak rasa di dada " sebak kerana ada sesalan yang terbeku dihati. malam terakhir sebelum arwah atuk meninggal, dia tidur ditempat tidur saya, namun saya pula yang sengaja tidur tempat lain. dalam hati mahu beliau tidur dengan selesa, bila mana keesokkan harinya beliau mula nazak baru ku sedari dia mahu teman disisinya... suasana malam itu sering terbayang di waktu saya berada di rumah arwah.

Beberapa bulan sebelum peperiksaan pmr, saya di kejutkan dengan pemergiaan nenek tercinta. Insan yang sentiasa menjadi tukang jawab kepada segala persoalan saya di zaman kanak -kanak. Dari asal usul nama kampung saya hinggalah kepada persoalan kenapa manusia perlu kahwin sering diajukan kepada beliau. Telatah saya dilayan tanpa rasa jemu dan marah. keputusan pmr dimumkan bbrp bulan selepas peperiksaan dilaksanakan. tanpa diduga saya berjaya memperoleh keputusan yang memberangsangkan, namun kejayaan itu tak mampu dikongsi dengan insan yang bersengkang mata menemani saya untuk belajar. dialah nenekku "chek".



antara cara nak menangis tengah2 malam, ingat org yg disygi dan muhasabah diri.


p/s : Doa Husnul khatimah

" ya Allah, matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engaku Tamatkan keatas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan "


1 kata mereka:

chihiro said...

nice story.:)

Post a Comment