Bagaimana cara saya hidup untuk islam

Supaya hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka beberapa masalah pokok haruslah difahami serta dihayati sebagai satu kewajipan.


Contohnya:
i. Mengenai Tujuan Hidup.

Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zaariyaat, Ayat: 56).

Firman Allah yang ke seterusnya:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Surah Hud, Ayat: 7).

ii. Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.

Firman Allah:
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Yang bermaksud:
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (Surah At-Taubah, Ayat: 38).

Firman-Nya lagi:
ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Yang bermaksud:
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).

Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: "Ayuhlah, kejarlah dunia"; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: "Inilah dunia".

Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".

Baginda juga bersabda: "Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah".

Baginda juga bersabda: "Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

iii. Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba.

Firman Allah:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.
Yang bermaksud:
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (Surah Ar-Rahmaan, Ayat: 26 - 27).

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Yang bermaksud:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 185).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan dan pemisah golongan-golongan (iaitu kematian). (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).

Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab: "Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau keluar bersama-sama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Rasulullah s.a.w bersabda sambil duduk menghadap ke arah sebuah kubur: "Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya: Hai anak Adam lupakan engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan, tempat kesunyian, tempat cacing dan tempat yang sempit kecuali yang Allah lapangkan baginya". Kemudian baginda bersabda: "Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang-lubang neraka".(Diriwayatkan oleh Tabrani).

iv. Mengetahui Hakikat Islam.
Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum-hakam, yang halal dan yang haram.

Firman Allah s.w.t:
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Yang bermaksud:
Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Surah Taha, Ayat: 114).

Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama".(Riwayat Tabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya para Nabi tidaklah meninggalkan dinar dan dirham. Hanya mereka yang meninggalkan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mengambil bahagian yang lumayan".
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

v. Mengetahui Hakikat Jahiliah.
Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalajaring-jaringnya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:

Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempelajari bahawa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka".

catatan: Ustaz Fathi yakan

ref:blog diambang maut

unnamed post


Salam,

Sejak kebelakangan ini, hati saya selalu memikirkan mati. Mungkin ini kesan dari bahan bacaan berkenaan mati. Atau memang benar mati sedang menghampiriku?

Masa : sekitar 1995-2000

Lokasi : sekitar kawasan rumah

Di usia zaman kanak - kanak antara wacana yang boleh membuatkan kenakalan saya terhenti adalah ayat dari ibu saya. ayat ini sering diucapkan pabila saya tidak mendengar arahannya atau susah nk buat benda2 yang kearah kebaikan. sampai kini pom ma selalu selalu sebut. (nakal lagi la nie )

“ hanif, nak suruh ma meninggal dulu ke baru nk insaf, baru nk wat baik??”

ayat ini selalu menyebabkan saya sedih kerana saya tak mampu memikirkan bagaimana hidup tanpa seorang ibu. Memang benar manusia perlu bersedia untuk segala kemungkinan. Namun dalam hal ini, saya sengaja tidak membenarkan otak memikirkan situasi sebegitu. Ayat ini sering saya saya ulangi terhadap adik-adik saya takkala perbuatan mereka melampaui batas.

Masa : sekitar 1995-1998

Lokasi : tempat tidur

Rutin harian kakak saya di kala subuh, sengaja memasang radio dengan kekuatan bunyi yang tinggi dan meletakkannya berdekatan tempat saya tidur. Tujuannya adalah satu membiarkan saya mendengar lagu selimut putih yang berbunyi “ bila izrail datang memanggil ………” dan nasyid bertajuk mati yang berbunyi sebegini “ sampailah waktu ajalkan mendatang, malaikat maut segera menjelang….” Lagu ini sering ke udara selepas azan subuh disusuli bacaan ayat suci al-quran. Memang idea ini cukup berkesan, sehingga hari ini jika rasa susah nak bangun subuh. Nasyid2 ini lah yang jadi alarm tone sampai rumet pom bising. Sori jat erkk.. latest alarm tone : sepohon...(mksdnya susah bgn subuh ni..haih)


my lovely family : how much time left for me to see these pleasant faces ? humm.... ( abah n me not in da pic )

Memikirkan mati bukan bermaksud saya meminta2 kematian. Tapi memikirkan mati menyebabkan sikap-sikap negatif yang ada dalam jiwa ini mula kendur.

Bagi saya memikirkan mati adalah motivasi terbaik. Teringat lagi qiamullail semasa kursus kepimpinan pelajar semasa belajar di sekolah maahad dulu.

Di dalam kegelapan dewan, penceramah sengaja membiarkan peserta membayangkan situasi dimana peserta pulang dari sekolah. Sampainya di pintu pagar rumah di lihat orang ramai sedang naik turun dari tangga rumah. Masing – masing dengan wajah yang sugul dan simpati. Suara manusia sayup- sayup membacakan surah yaasin mula kedengaran di selangi suara tangisan. Saat itu ucapan takziah tak putus putus di terima dari tetamu yang hadir. Bila mana kaki mula berpijak di lantai rumah sekujur badan dibaluti kain putih terpapar di pandangan. Dan sekujur badan itu adalah ibu yang kita sangat sayangi.

Semasa penceramah perlahan2 meneruskan ceramah, suara tangisan teresak-esak kedengaran di dalam dewan. Semakin lama semakin kuat tangisan ini. Itulah kuasa mati, ramai yang tak mampu menahan ego bila diceritakan tentang mati, melainkan manusia yang keras hatinya.

Mengingati mati ubat kepada terlalu “hubbub dunnya”

Andai setiap manusia sentiasa mengingati mati nescaya manusia takkan tergila-gila mengejar kemewahan dunia, tak tergila-gila mengejar pangkat dan kekuasaan, tak tergila-gila mengejar perempuan/lelaki rupawan. Sebagai insan biasa, saya tak terlepas dari sikap yang sayangkan dunia. Mahu duit yang banyak, pangkat yang tinggi, isteri yang cantik dan sebagainya. Hanya doa semoga ditetapkan iman dan takwa mampu dilafazkan untuk tidak terus alpa dengan nikmat dunia yang sementara.


dunia oh dunia : During one of my site visit with the kindhearted engineer mr.fuzi

Tarikh mati, tarikh yang tak mampu diramalkan oleh sesiapa kerana ia adalah ilmu allah. Dan segala macam penyakit juga ada penawarnya, namun tidak bagi mati.


dewasa kini

" setiap kali mengenangkan atuk dan nenek dan sudah tiada lagi, air mata mula bergenang di pipi , semakin dilayan semakin sebak rasa di dada " sebak kerana ada sesalan yang terbeku dihati. malam terakhir sebelum arwah atuk meninggal, dia tidur ditempat tidur saya, namun saya pula yang sengaja tidur tempat lain. dalam hati mahu beliau tidur dengan selesa, bila mana keesokkan harinya beliau mula nazak baru ku sedari dia mahu teman disisinya... suasana malam itu sering terbayang di waktu saya berada di rumah arwah.

Beberapa bulan sebelum peperiksaan pmr, saya di kejutkan dengan pemergiaan nenek tercinta. Insan yang sentiasa menjadi tukang jawab kepada segala persoalan saya di zaman kanak -kanak. Dari asal usul nama kampung saya hinggalah kepada persoalan kenapa manusia perlu kahwin sering diajukan kepada beliau. Telatah saya dilayan tanpa rasa jemu dan marah. keputusan pmr dimumkan bbrp bulan selepas peperiksaan dilaksanakan. tanpa diduga saya berjaya memperoleh keputusan yang memberangsangkan, namun kejayaan itu tak mampu dikongsi dengan insan yang bersengkang mata menemani saya untuk belajar. dialah nenekku "chek".



antara cara nak menangis tengah2 malam, ingat org yg disygi dan muhasabah diri.


p/s : Doa Husnul khatimah

" ya Allah, matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engaku Tamatkan keatas kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan "


saya ada 4 orang isteri

menarik bukan tajuk. mesti ada yang kata tamaknya dia kahwin 4..


Sekadar gambar hiasan.


AKU ada 4 orang isteri. Sudah semestinya isteri yang paling AKU sayang ialah isteri yang paling muda, paling bergetah, paling bertenaga dan paling 'gagah'. Ketika AKU letih dialah yang mengembalikan tenaga KU. Dia tidak pernah kenal letih mahupun lesu. AKU berasa sungguh bangga dan bertuah punyai isteri semuda ini. Dialah isteri yang KU puja serta yang senantiasa AKU dambakan kasihnya.


Namun isteriKU yang ketiga juga turut hebat. Cantik, manis, lansing bahkan mengiurkan. Ditambah lagi dengan gayanya yang pandai berhias dan bersolek. Bijak pula memperaga diri dan bergaul di dalam majlis. Pasti sesiapa saja lelaki yang memandang akan terpesona.


Dialah yang selalu KU usung kemana saja terutama majlis-majlis melibatkan orang kenamaan. Aku amat bangga bila meperkenalkan dirinya kepada teman-teman.

Isteriku yang kedua juga turut punyai kelebihannya. Walau wajahnya tak secantik serta tak bertenaga seperti isteriKU yang ketiga dan keempat. Tapi ia punyai akal yang cerdas dan pintar. Dialah yang banyak menyelesaikan masalah ketika AKU kebuntuan. Dia tempat AKU mengadu masalah. Kerana AKU pasti setiap masalah yang AKU adukan pasti ada buah fikiran dan penyelesaian darinya.


Tapi lain pula terhadap isteri KU yang pertama. Sudahlah rupa tak ada, tenaga pula sudah dimakan usia. Akal pula biasa-biasa sahaja. Maaf kata, hadirnya tak menambah; hilangnya mengurang. Pernah terfikir untuk diceraikan sahaja.....ehem, bolehlah tambah baru. Tapi tak sampai hati. Isteri tualah katakan, jadi serba tua lah!.....

Hidup KU riang dan ceria disamping tiga orang isteri yang KUsayangi. Mereka sentiasa membelai, memanja serta menyelesaikan masalahKU.


Suatu hari ketika AKU bersama isteri yang ke-3 dalam satu majlis utama syarikat. AKU rebah secara tiba-tiba.

Dua puluh empat jam AKU koma. Sebaik sahaja AKU sedar dari koma, Doktor Pakar memberitahu ku bahawa AKU mengidapi barah otak yang kritikal dan secara teorinya hayatKU hanya boleh bertahan selama 7 hari. AKU hanya bertahan dengan ubat penahan sakit.

Bagaikan disambar halilintar. AKU perlu terima hakikat bahawa AKU akan pergi buat selamanya. Mujurlah mulut masih boleh berkata-kata. Lalu KU panggil seorang demi seorang isteriKU. Ingin KU temui mereka dan meluahkan resah dan takut di dada ini.


Sudah pasti isteriKU yang keempat yang sangat KU sayangi mendahului.


" Sayang!, abang akan pergi tidak lama lagi. Sudikah sayang mati bersama abang untuk menemani abang di alam barzakh sana?" tanyaKU dengan nada manja sambil mengusap-ngusap tangannya.

"Bang! bukan saya tak sayang dekat abang. Tapi bab mati jangan dibuat bergurau bang!. Abang pun tahukan, saya masih muda lagi. Abang mahu saya mati sama?. Maaf Bang! fahamilah situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya menjalani kehidupan dengan lelaki lain. Sampaikah hati abang membiarkan saya yang muda ini hidup mejanda."

Terlepas tangannya yang KUpegang. AKU renung matanya untuk kepastian. Sememangnya sinar matanya membuktikan jawapanya adalah pasti dan muktamad. Jika AKU mati, dialah isteri yang paling awal mengakhirkan zaman janda. Janda muda, sememangnya ramailah lelaki terliur.


Seketika kemudian isteri ketiga KU pula memasuki kamar KU. Aku masih mampu membalas senyumannya yangmanis. Melihatkan wajahnya yang cantik dan rupawan itu, berat sungguh hatiKU untuk meninggalkannya.

"Darling, hayat abang sudah tidak panjang."

" Ya bang!, sebak sungguh bila saya memikirkan hidup tanpa disisi abang nanti. Abang ada apa-apa hajatkah yang boleh saya tunaikan?."

"Ah! ada harapan" bisikKU dalam hati.

" Darling, sudilah sekiranya temankan abang di barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita."

Dia tersentak, matanya yang bak bintang itu terbeliak besar. Lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.

"Bang! fikirlah secara rasional. Kecantikan saya memang untuk abang. Tetapi setelah abang mati, saya perlu teruskan hidup. Kecantikan saya inilah aset berharga saya selain dari harta yang abang tinggalkan. Saya rasa abang faham. Maafkan saya bang!."

Oh! dia juga serupa. Seksanya bila mengenangkan kecantikannya yang AKU jamah selama ini akan dijamah lelaki lain pula. HarapanKU padanya hancur.


Harapan KU terakhir adalah pada isteri ketiga KU. Yang selama ini sentiasa menyelesaikan segala masalah KU.

"Ada apa-apa masalah abang yang boleh saya bantu untuk selesaikan?" tanya isteri kedua KU itu sebaik sahaja kami bertentangan mata.

"Ya sayang, kaulah tempat abang bergantung!."

"Abang janganlah bimbang, saya akan sedaya upaya menyelesaikan masalah abang dengan lancar...."

"Dengan lancar?."

"Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik dan teratur. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutang. Insyallah perniagaan akan dapat diteruskan."

"Janganlah abang runsing. Batu nisan yang mahal telah pun saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah semuanya sudah diatur."

"Bukan itu masalah abang. Abang perlukan dirimu untuk menemani abang dibarzakh nanti sayang."

Isteri kedua KU terkejut lalu berlalu keluar.

Harapan Ku hancur, semua isteri yang disayangi sudah tidak sudi dengan permintaanKU.

Tiba-tiba......"Assalamualaikum bang!."

Terperanjat aku melihatkan bila isteri KU yang pertama menghapiri KU. Kerana AKU sudah meanggapnya seperti tiada.

"Waalaikum salam," jawabKU hambar. AKU tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tak akan mengajukan apa-apa permintaan, justeru AKU perlu malu untuk meminta apa-apa daripadanya. Mustahil dia yang sering AKU tinggalkan sudi menemaniku.

"Terima kasih kerana abang masih sudi menerima saya," katanya sebaik bersalaman.

Isteri tua KU merenung mataKU. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

"Abang! saya sanggup menemani abang kemana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abang di alam barzakh."

Ah! alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang setia dan berguna. AKU terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikat isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa mahupun idea.

Inilah kisah keseronokan beristeri 4. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Siapakah AKU dalam kisah ini. Dato', Tan Sri, Datuk Seri atau mana-mana VIP.

Elakkan dari menunding jari kepada orang lain. AKU itu ialah kita.

Kitalah yang punyai 4 'isteri'!.

Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita dapat kekuatan dan tenaga. Justeru 'dia' kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi dari penyakit. Tak cukup dengan itu kita hiasi dan soleknya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubatan serta rawatan kita usahakan untuk kembali bertenaga.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan untuk menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan justeru menambah kemewahan. Tidak cukup dengan kerja sedia, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertamnbah, simpanan meningkat, kita belikan aset. Kita bangga 'memperagakan' rumah, kereta dan segalanya. Seolah-olah nilai kita terletak pada kemewahan yang kita miliki.

Isteri kedua kita ialah ana, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Kita berasa sepi tanpa mereka disisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah yang ikhlas kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila nak menambah amal!, nanti esok masih ada. Bila hendak taubat?. Tunggu, usai masih muda. Segala kebaikkan samada hubungan manusia mahupun dengan Allah Rabbuljalil sering tak dapat keutamaan. Segalanya seperti isteri tua. Tidak mengghairahkan dan tidak menggiurkan lagi.

Namun, fahami dan yakinlah bahawa pasti tiba masanya nanti akan terserlah isteri mana yang jujur...Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakaratul maut itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata?.


Aduh! alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana.........tanpa 'ISTERI' yang sudi mendakap kita..

sisipan dari blog sazli ansari...

Happy eid Mubarak 1431H

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati : pusara datuk tempat kunjungan pertama di hari raya



Di saat ini ramai insan sedang meraikan hari yang mulia, selepas sebulan berjuang melawan hawa nafsu akhirnya hari yang di nanti2 khususnya kanak2 yang mula berjinak dengan alam puasa kunjung jua. Namun di pagi yang mentarinya cerah menerangi alam, mindaku mengelamun memikirkan dua peristiwa yang mampu membuatkan air mataku gugur membasahi pipi. Saat pemergiaan datuk dan nenek yang sangat dikasihi masih lekat di fikiranku.


Tanpa disedari tahun ini adalah tahun kedua hari raya disambut tanpa datukku. Saat arwah menghembuskan nafas terakhir aku berada disisinya dan saat itu takkan mungkin hilang dari ingatanku. Insan yang bertanggungjawab menjagaku sejak kecil kini sudah tiada lagi. Hanya kiriman doa dan bacaan ayat mampu melepaskan perasaan kerinduan dan rasa sedih. Bagi nenekku pula ini tahun ke-6 arwah pulang ke rahmatullah. Alfatihah untuk keduanya.


To all muslims who celebrated Eid fitri, happy eid may Allah bless you and enjoy your raya. Mohon maaf atas segala salah dan Khilaf


p/s: due to internet accesiblities, this post had been delayed over 2 weeks.

Putus Asa Itu Membunuh

Everything is okay at the end, if it's not okay then it's not the end




Salam ramadan karem....


Satu Lagi kisah motivasi untuk dikongsi bersama, cerita ini dipetik dari majalah solusi edisi 21, untuk membaca isi2 lain sila dapatkannya segera di pasaran.

Putus asa itu membunuh!

Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa sengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dia dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu, tetapi tidak berdaya. Dia menjerit, tiada siapa yang mendengarnya.

Kedinginan mula menyerap kedalam tubuhnya. dia begitu takut dan bimbang Siapa yang akan menyelamatkannya?

Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini dia pekerja itu benar2 putus asa. Dalam Hatinya terdetik, kali ini matilah aku.

Diarasakan kedinginan bilik itu semakin mengigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada siapa yang akan datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis.... surat wasiat!

Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan kepada isteri dan anak2nya.... bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasanya sat itu, termasuk sejuk mengigil yang mencengkam sampai ke tulang.

Keesokan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat di tangan. Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? kerana kesejukkan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik itu sejak semalam telah dimatikan!

moral cerita : putus asa menyebabkan ramai yang mati sebelum mati. malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. Hiduplah selagi hidup. berusahalah dan berjuanglah berbekalkan satu harapan.



saufi one of my housemate thinking of his future at his intern place(i guess ) hurm





watch our thoughts, they become words :

watch our words, they become actions :

watch our actions, they become habits :

watch our habits, they become characters :

watch our characters, they become our destiny.



Tiap2 tahun rasa nak putus asa, tapi fikir2 kan keluarga terpaksa jugak gagahkan diri.



semakin jauh dengan tuhe(tuhan) semakin tu la diri kito akan raso lemoh
- ayat dari ustaz yg beri tazkirah surau depe umoh tuk.

anak buah

Salam.....


Sebenarnya dah lama nk post pasal anak buah ni. maklumlah anak buah yang pertama memang gembira. Sedar tak sedar diri ini dah bergelar seorang "pak cik" gelaran untuk seseorang yg dah ada ank sedara atau kalo xder pom yg dh dewasa.


Pepatah ada menyebut "patah tumbuh hilang berganti" begitulah fitrah kehidupan, tak lama selepas kehilangan datuk tersyang "ayoh" kini kedatangan anak sedara sedikit sebanyak menghilangkan rase sedih dan sepi dalam keluarga . Walaupun hakikatnya kehilangan itu lebih pedih dari kedatangan.


Sejarah kelahiran anak sedara ni unik sikit, awal dah dirancangkan untuk bersalin di KBMC kota bharu namun kesan terawal sedikit maka lahirlah bakal mujahid ini di negeri yang makmur, Pahang. Kita merancang Tuhan yang menentukan. Sebelum tirai post ini dilabuhkan nama wan habib muhammad telah dikurniakan kepada si kecil ini. Semoga kehadirannya menjadi penyeri kehidupan, menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, taat kepada ibu bapa dalam erti kate lain yang anak soleh.


wan muhammad Habib

wajah seorang yang excited dukung budak kecik. :-)

Habib dan pacuan empat rodanya. naseb baek xder pedal minyak, kalo tak penat den nk kejar.




Anak soleh

by : UNIC

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
tidak membantah malah mentaatinya

Halus peribadinya mencontohi Rasulullah

Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara

Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa


Hormat pada yang tua kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan keluarga

Hidupnya rajin berusaha

Tidak pernah berputus asa

Didalam kehidupan penuh pancaroba


Tiada cinta dihatinya hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah

Kasih dan sayang hanyalah pada ibubapa

Hormat menghormati sesama insan berbudi

Guru dan teman sentiasa dikasihi

Itulah diantara sifat anak yang soleh





P/S : Rasulullah pernah bersabda, apabila mati anak adam maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara.
  1. Ilmu yang bermanfaat
  2. Sedekah Jariah
  3. Doa anak-anak yang Soleh

Marhabban Ya Ramadhan~

Salam

setelah sekian lama.....







  • Ramadhan
Diawalnya kerahmatan...
Ditengahnya Keampunan...
Diakhirnya Pembebasan dari seksa neraka....


  • Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam

  • Bulan yang dibuka seluas2nya pintu syurga dan ditutup serapat2nya pintu neraka.

Happy blessed Ramadhan

semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya..
semoga ramadhan ini menjadi titik perubahan kearah kebaikan..




P/s : berapa ramadhan kah tinggal untuk kita..? selamat beramal semua.